15 September 2012

Beauty Tips #2: Cara menanggalkan Black & White head, [REVIEW : Garnier oil clear self heating sauna mask]

Kali ini saya ingin kongsikan cara saya menanggalkan Black & White head, sekaligus Review product Garnier oil clear zinc self heating sauna mask :)



  • Terdapat 2 pek dlm1, (2x6ml) (1 pek, saya boleh menggunakan sehingga 3-4 kali dengan menguntingkan sedikit hujung pek, hanya menyapukan mask pada kawasan T-zone, 'seal' pek dengan sellotape untuk menjaga kualitinya)
  • Cecair mask berwarna biru cerah
  • Tekstur mask berkrim & tidak berair
  • Bau seperti tanah liat (clay)
  • Mudah untuk mencuci dengan air,
  • Menjadikan kulit bebas kilatan (minyak), terutama pada hidung :)
  • Harga berpatutan.
  • Baik untuk anda yang mempunyai kulit berminyak / kombinasi
  • Tindakan pemanasan adalah sangat minimum (suam) seperti sauna
  • Tujuan tindakan 'self heating' ini adalah untuk membuka liang roma (pore) anda dan membersihkan muka secara mendalam, membuang kekotoran dan sebum berlebihan yang menyumbat liang dan menyebabkan jerawat.


Penggunaan: 
  1. Sapukan mask pada seluruh muka, beri tumpuan pada T-zone (dahi, hidung & dagu)
  2. Biarkan selama 3 minit, anda akan dapati tekstur mask yang berkrim akan kelihatan cair & warna mask kelihatan pudar (maksudnya mask menembusi jauh ke dalam liang roma (pore) untuk membersih & membuang kekotoran dan minyak, ini menyebabkan tekstur mask anda kelihatan cair)
  3. Cuci muka anda dengan air & Keringkan muka anda 
  4. Mask ini hanya membersihkan liang roma sahaja & tidak menanggalkan Black & White head, jadi selepas cuci & keringkan muka, anda boleh menggunakan product menanggalkan Black & White head kegemaran anda

*saya menggunakan Daiso Natural Nose Pack, ini kerana Nose pore strips sangat tidak berkesan, ia tidak dapat menanggalkan Black & White head di celah-celah hidung saya 



Dengan menggunakan 2 product ini saya dapat mengatasi masalah Black head, White head & Jerawat. Saya dapati bahawa Garnier Mask ini adalah product terbaik untuk pembersihan & pembukaan liang roma. Sekarang ia adalah salah satu product kegemaran saya :)










No comments:

Post a Comment