14 January 2013

Enjoy Eating #2 : Dubu Dubu Seoul Food


Agak susah juga  mencari restaurant korea halal dan kebanyakan nya menjual Daeji (babi)
Setakat ini research saya tentang restaurant korea, Dubu Dubu Seoul Food sememangnya halal
Untuk menguatkan lagi research saya, akhbar Utusan Malaysia telah menulis article tentang restaurant ini, manakala Saffiya TV9 juga telah menyiarkan rencana tentang restaurant ini..YEY!!

gambar sumber dari Google

Lalu, Encik kekasih membuat kejutan dengan membelanja saya makan di Dubu Dubu Seoul Food semperna birthday saya yang ke-24..YEY!!


Kami ke Dubu Dubu Seoul Food Mid Valley Megamall, ini kerana selepas makan, kami mahu ber 'Purikura'

Saya 'order' Cheese Tteokbokki ala-carte (RM14.90), dan untuk minuman saya membawa bekal green tea
Encik Kekasih 'order' Cheese Tteokbokki set (RM 15.90) + Aloe Vera Punch (RM4.90)


Tambah RM1.00 untuk 'upgrade' meal kepada set, yang terdiri daripada 3 Banchan (side dishes) iaitu Sigeumchi Namul (Salad kangkung), Kimchi, Sukjunamul, (taugeh) dan Soup of the day (korean dubu soup)

Cheese Tteokbokki sangat sedap!! masitssoyo!!..bahagian atas (cheese) membuat rasa nya seperti pizza, tetapi sos nya sangat pedas sehingga boleh membuatkan kami mengalirkan air mata..*nanges*

Suasana restaurant sangat selesa, dan tidak terlalu bising
Didalam restaurant terdapat LCD skrin yang menayangkan K-pop MV & Music Bank
Cashier & Pelayan restaurant kebanyakan nya melayu, ini membuatkan saya berasa sangat yakin



Ini bil kami..termasuk 10% service charge

Selepas makan, kami ke Gelato Fruity untuk dessert, semangkuk kecil Peppermint ice cream with choc chip..YEY!!



Saya sudah, Jadi anda bila lagi nak ke 'Seoul'?...hee :)






2 comments:

  1. Hi Myra......saya baru jer makan sini ngan famili baru2 ni. Not bad!. Anak2 la suka sangat makanan k-pop nih hehe. Pics dah upload so senang2 tu singgah lah yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
    Entries dalam blog saya semua pasal makan, makan dan makan 100% takde topik lain hehe...maklum la kan kite nih idup untuk makan kan?
    Kalu minat tu jangan lupa follow yer blog saya TQ!

    ReplyDelete
  2. waa..best best
    myra sudah baca blog entry restorant sweetree..myra sudah lama mencari restorant yang jual jjajang myun..sudah jumpa akhirnya :)

    ReplyDelete