14 August 2012

I Love Korea : Bagaimana untuk menjadi Ulzzang (k-pop)

Ulzzang (ul-jjang) bermaksud 'best face' dalam bahasa korea. Gadis Ulzzang berkulit cerah & kelihatan seperti ‘porcelain doll’


Perkara Wajib untuk Ulzzang - Mesti!!~ 
  • Memakai ‘circle lens’ (big eye). 
  • Pastikan anda kulit muka anda sentiasa kelihatan bersih dan sihat.


Langkah-langkah :
  1. Muka – Gadis Ulzzang mempunyai kulit yang sempurna dan sihat (flawless), penjagaan kulit muka amat dititikberatkan, sentiasa memakai pelembap (moisturizer) dan sunblock
  2. Rambut -  Pilih syampoo yang sesuai untuk rambut anda, dan sentiasa kerap mencuci rambut. Rambut perlu kelihatan sihat, lurus dan lembut. Gadis ulzzang mempunyai side bang, Ulzzang popular dengan style rambut loose & wavy untuk kelihatan natural (ingat!! bukan curl kecil-kecil tau itu sudah jadi gyaru)
  3. Makeup – Untuk kelihatan natural, tidak perlu makeup tebal dan Ulzzang perlu kelihatan pucat & flawless
  4. Pakaian – berpakaian sopan, Ia tidak perlu untuk mendedahkan diri anda kerana anda masih boleh kelihatan comel walaupun dengan berpakaian sopan. Kebanyakan ulzzang gemar mengenakan over-sized shirt dan pakaian banyak lapisan, untuk ‘up to date’ fesyen Ulzzang, saya sentiasa merujuk majalah fesyen dan Tumblr. Saya gemar membeli pakaian secara online kerana agak susah untuk mendapatkan pakaian fesyen Ulzzang di Malaysia 
  5. Laman sosial -  Gadis Ulzzang menjadi ‘popular’ dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr, dan Blog. Ulzzang gemar bergambar!!! (bagi gadis ulzzang melayu, harus diingat kan untuk menjaga batas-batas gaya (posing) dengan tidak menunjukkan symbol (sign) berbaur lucah, mencarut, sebagainya) sebagai rujukan, anda boleh ‘google’ gaya posing comel Ulzzang). Untuk ‘upload’ photo anda pada laman sosial, sila meletakkan ‘watermark’ pada gambar anda untuk tujuan 'security', ini kerana dikuatiri mungkin gambar anda akan dicuri & akan disalah gunakan. HATI-HATI

Ulzzang 'look' saya, inspirasi dari group k-idol


Tips:

  • Kamu mesti mempunyai eyeliner, BB cream/ liquid foundation untuk 'light makeup'
  • Kamu mesti mempunyai circle lens, dan bulu mata palsu jika perlu :)
  • Sebuah kamera
  • Mengambil gambar yang berbeza ' pose'
Kesimpulannya untuk menjadi Ulzzang, kita mestilah SIHAT, cara permakanan yang sihat, kulit muka dan rambut yang sihat, selain itu juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidur dengan cukup, tidak merokok dan meminum alkohol. Gadis Ulzzang juga mesti yakin dan bersopan santun :)

2 comments: